Sunday 21 May 2017

CARA MENJIMATKAN ELEKTRIK YANG MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU



Sedikit tips untuk jimatkan elektrik. Jangan lupa share ye.

Tak sangka cara ni boleh jimatkan bil elektrik.
Biasanya tiap-tiap bulan pengunaan elektrik bagi unit rumah pangsa kami ni adalah sebanyak RM70-80. Kadang-kadang mencecah RM100-110. Kami anak beranak memang berada di rumah 24 jam. Nak dapat caj penggunaan RM30 seperti masa kami suami isteri bekerja dulu, mustahillah.


Tp bila melihatkan amount RM70-100 tu terasa juga. Fikir macam mana la nak jimatkan penggunaan elektrik ni hinggalah satu hari terbuka cerita pasal bil elektrik dgn kakak.



Kata kakak, setiap bulan bil rumah dorang tak lebih RM50 walaupun 24 jam aircond di bilik utama sentiasa on terpasang. Biar betul? Dah la rumahnya 2 tingkat, atas bawah guna elektrik. Aircond tak tutup.


Kata kakak lagi, setiap malam sebelum tidur, abang ipar akan pastikan semua suis yg tidak digunkan, di padam & dicabut.

Ooo begitu. Lets try. Tak dapat jimat RM50, dapat jimat sedikit pun dah ok dah.

Bulan pertama percubaan.

Semua plug yg sudah selesai di gunakan terus di cabut. Tak tunggu malam. Cabut terus. Kecuali plug peti ais, kipas bilik, aircond & wifi. Sentiasa mode on.

Hujung bulan bil elektrik pun sampai. Berdebar rasa hati ni, berapa agaknya boleh reduce ye.

RM60? Tak. Dapat bill RM40 je.

Alhamdulillah. Banyak tu dapat reduce. Dari RM70-80 turun hingga RM40. Tambah tolak, jimat RM30 la.

Bulan kedua try lagi, teruskan cabut plug setelah selesai di gunakan.

Hasilnya juga RM40.
Rupanya barulah tahu, boleh jimat lagi, cuma tak tahu ilmu, tak terlintas di fikiran nak cuba cabut semua plug.

Rupanya, barulah tahu selama ini walaupun barang elektrik itu tak di gunakan, tetapi arus elektrik pada soket itu masih mengalir. Bacaan elektrik pun berterusan. Bila soket di cabut, arus terhenti, bacaan elektrik turut terhenti.

Tak cuba tak tahu, kan. Jimat eletrik, cabut plug.

Nak jimatkan lagi elektrik sambil membuatkan rumah nampak lebih SELAMAT, MORDEN DAN ELEGANT ? Baca link dibawah 

Nak more info tentang penjimatan elektrik boleh berkunjung di blog > tipsjimatelektrik.blogspot.com

UNTUK PELBAGAI LAGI YANG MENARIK,

( klik gamba diatas )


Jangan lupa tekan button share dibawah ye, mungkin ramai orang lagi yang tidak tahu. Mari sama2 kita kongsikan manfaat ini untuk semua.  

No comments:

Post a Comment